Image Slider By helperblogger.com The slide is a linking image Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption

Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat mengunjungi laman web Majlis Guru Besar Daerah Marang!

Alhamdulillah dengan izin-Nya pada 23 Julai 2014 akhirnya tertubuhlah laman web Majlis Guru Besar Daerah Marang ini. Diharapkan melalui laman web ini MGB dapat menyampaikan maklumat dan pengetahuan berkaitan sekolah dan aktiviti-aktiviti MGB Daerah Marang yang dapat dikongsi bersama-sama guru.

Laman web ini diwujudkan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran untuk menjana dan memperkasa arus pendidikan perdana yang sejajar dengan perkembangan dunia ICT. MGB Marang berharap hasrat dan matlamat ini dapat dicapai dengan jayanya untuk kepentingan semua sekolah dan pendidik di daerah ini.

Ambillah sebanyak-banyak manfaat daripada laman web ini dah jika ada pandangan, pendapat mahupun sebarang komen, berilah dengan cara dan nada yang baik. Mudah-mudahan dengan cara yang sedemikian maka tidak akan adalah mana-mana individu atau mana-mana pihak yang akan terasa atau terluka. Hindarilah diri kita daripada menjadi sebab dan punca kepada kerosakan.

Tidak lupa dalam kesempatan ini, MGB Marang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan bakti dalam usaha membina laman web ini.

MGM Marang sentiasa mengharapkan dan menghargai sokongan serta kerjasama daripada semua pihak dari semasa ke semasa demi kecemerlangan dunia pendidikan, khususnya untuk terus mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan di Daerah Marang ini.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment